Friday 30 November 2012

Alhamdullillah....The Big Day Hajj 1433/2012

Alhamdullillah, syukur tak terhingga ku panjatkan kepada Mu Ya Allah...tak dapat nak teruskan menulis, sebak rasanye hati ini tanpa ku sedari air mata ini mengalir... walau pun telah hampir sebulan berlalu. Banyak dugaan dan pahit dan manis... Hanya ingatan ibadah kerana Mu dan gambar yg dpt diluahkan...Subahanallah...Ya Allah..terima la amal ibadah hambu mu yg serbakekurangan ini....jgn la jadikan ini pertemuan terakhir bagi ku..aku amat merindui saat nya Ya Allah...permudahkan la urusan ku sekeluarga dan seluruh umat islam di dunia dan akhirat..AMEEN...

Date : 6 Dzulhijjah - 13 Dzulhijjah 1433  
22 October - 29 October 2012  
Riyadh - Mekah Al Mukaramah  
Haji Ifrad 



ID Banduntuk naik train- only for  Saudian
ID tag in Mena for Saudian

Bismillahirrahmannirrahim...The journey begin...Depart from Riyadh to Mina by Bus

Waiting for the bus to Mena after done with tawaf Qudum

Arriving at destination our camp in Meena for 8 days

Tasyrikh Haji for Saudian. As a residence in Saudi Arabia also need a permit to perfom Hajj

Solat di Mina bersama rakan2 Malaysia di Riyadh. Satu pengalaman dimana solat di atas jalanraya with jemaah haji dari pelbagai bangsa dan negara

Sebelum ke Arafah

Hari Wukuf..nak bertolak ke Arafah....berdebar-debar...
As a sepanduk ,Bendera Malaysia untuk rakyat Malaysia di Riyadh, Saudi

Labbaikallahummalabaik.... Menunggu turn naik train @ station Mena 1 ke Arafah

Alhamdullillah selesai Ibadah Wukuf di Arafah waiting for train to mudzalifah for Mabit...run-down faces but still smilling  after standing for almost 5-6 hours and almost got crushed by the crowd.. Hanya Allah yg tahu perasaan masa tu..

Beratur untuk naik train dari Arafah ke Mudzalifah. Part of the crowd after 6 hours. can u imagine the crowd before. and this only one part of the station. there are 4 stations nearby and to catter all the jemaah in one shot to the next rukun bermalam di Mudzalifah. Suddenly from no where, jemaah without pass trying to get into the train...ada yg fainted, ada yg keguguran, anak2 menagis, yg tua keletihan dan sesak nafas.  Allah tunjukan dugaan kecik di dunia . Bagaimana di padang masyar nnt... subhanAllah...

View from station Arafat 1, Managed to capture Masjid Namira di Arafah.


Perjalanan Melontar Jamarah Aqabah 10 zulhijjah @ fajr 6am
 View dari Jamarat 4th floor..The crowd on 10 Dzulhijjah fajr


menuju Harram dari Jamrah level 4 for Tawaf Iffadah
Alhamdullillah, done with tahlul awal..menuju Harram for Tawaf Iffadah


On da way to Masjidil Harram..walking all da way from Jammarat melalui Pedestrian turnel (terowong Muassin) ..it takes about 2 hours walking until reached Masjidil Haram

In da train on da way to Mabit..

Mecca Metro Station
View Jamarat



11 Dzulhijjah melontar 3 Jamrah...after zuhur..

12 Dzulhijjah melontar

after zuhur..

Selesai melontar on
13 zulhijjah



Alhamdullillah syukur pada Mu, kerana dapat menunaikan rukun islam ke5 pada usia yg muda. Selesai sudah ibadah Haji. Semoga ibadah ku diterima oleh Nya..Amiinnn

Tuesday 20 November 2012

Hajj 1433/2012 Preparation.....

Perjalanan haji ku...
Ya Allah sesungguhnya hamba mu banyak melakukan dosa. Niat menunaikan haji telah lama kupendam. Aku pernah mengirimkan doa kepada seseorg mengerjakan haji pada tahun 2010. Salah satu doa nye semoga aku dpt menjejak kaki di tanah haram menunaikan ibadah haji dlm ms muda. Dalam pada ms yg sama, Alhamdullillah suami ku except tawaran setelah negotiate dgn pak arab. Aku pun berdoa semoga ku diberi peluang dan kuat semngat mengikut suami berada diperantauan mencari rezeki. Satu yg kutanam dalam hati ini, walaupun first time dlm hidup ku ini kali pertama aku berjauhan dr family. Aku tak pernah berjauhan yg paling jauh pun shah alam uitm masa blajar ddk rmh sewa. Tp sorg isteri ada lah disisi suami, aku mengikuti nye. Semuanye ada hikmah. Mcm2 berlaku di ofis sblm ku berhijrah. Alhamdullillah Allah itu Maha mengetahui. Dan hati ku ini berkata ya Allah ko telah dekatkan ku dgn rumahmu. Hambamu ini yg tak layak yg selalu alpa dgn perintahMu.
Alhamdullillah dengan izin Allah, kami mendaftar haji menggunakan quota saudi bg rakyat melaysia di bumi ambia ini. Disinila bermulanye perjalanan haji ku dr sebelum dan selepas.
Walaupun hampir tiap2 bulan ku mengunjunggi baitullah menunaikan umrah, tp hati ini tak sama seperti hendak menunaikan haji. Ya Allah, Dia yg Maha mengetahui hati ini yg sentiasa berdebar2. Sepanjang masa ku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selapas ibadah haji.

Banyak aku kene fikirkan, ibadah ku, dosa2 yg ku lakukan antara manusia sedar dan tak sedar, kealpaan ke dengan perintahmu. Semuanye aku harus setlekan dahulu. Alhamdullillah fidyah telah kulangsaikan. Solat taubat, istikharah, hajat, memohon maaf kepada org tua ku n mertuaku dan semua yg mengenali diri ini. Semua ni sebelum ku bwrangkat pulang ke saudi selepas beraya di Malaysia. Tp semua ni kene berterusan.
Masalah seterusnye pula aku dan suami pada mula nk bwk 2 org anak bertuah ni, suami melakukan solat istikharah memohon berikan petunjuk. Aku tidak melakukannye sbb aku mmg yakin nak bwk diaorg. 2 minggu berlalu, masih tidak dpt petunjuk. Oleh kerana suami berat nk bwk sbb mereka pun tak nk ikut, mcm2 plan.  Aku mengajaknye solat istikharah sesama. Alhamdullillah member husband yg bujang dan baru je dtg ke Riyadh sanggup bermalam dan ddk sementara di rumah ku dan; sudi menjaga our sons. Suami ku berasa lega, tp dlm hati ada rasa terkilan mungkin hajat utuk bw parents dia tak dpt sbb visa tak approved memandangkan kerajaan arab saudi freeze sementara visa melawat sbb musim haji krn mereka takut ada yg buat haji secara illegal.Lagi pun PIL pun pernah menyuarakan hasrat tuk dtg sini. Don't worry In Shaa Allah ada ms lagi. Mungkin masa ni tak sesuai n tak nk menyusahkan mereka. Allah tu Maha mengetahui.


So kursus haji kami hadiri di Embassy Malaysia pada 4 october oleh Ustaz Dr. Hassan, Mutawwir di Saudi. Kami akan bertolak pada 22 Oct selama 10 hari. Kami melakukan Haji Ifrad. Nota kubaca, buku kiriman sahabat ku Hafizah Sith turut ku baca bg menambah ilmu. Terima kasih Fiza. Hanya doa ku panjatkan utk fiza sekeluarga.
2 minggu sebelum bertolak, adalah masa intensif. Aku mengharapkan haji mabrur. In Shaa Allah. Walaupun org kata kira ddk saudi ni mudah buat haji, tp jika tidak diizin olehNya, tak dpt juga. Ada juga kengkawan yg dah lama kat sini masih tak berpeluang sbb beberapa halang. Dimana sahaja kita berada Allah itu satu, setiap org ada rezeki , cume cepat dan lambat. Haji bukan seperti umrah. Dari pengalaman member yg dah menunaikan haji, dugaan haji amat la besar. Sebab itu kita kene sentiasa berdoa supaya ibadah yg dilakukan kerana Allah dan diterima olehNya.
Nota ringkas dari Ustaz Hassan sgt ringkas tp mudah dan padat. Senang difahami. Nnt sapa2 nak buat rujukan bagitau la.
Doa2 mula dikumpulkan. Kelengkapan pun di packing sedikir demi sikit.

Makan2 sempene akikah Hazim, farewell utk Ruzie, Nana, Kak Na and Kak Nora & doa selamat sempene aku dan suami utk menunaikan fardhu Haji..

Actually dah lama dah acara mkn2 ni. It was 19th October 2012. All in One...:) Me n Hubby akan menunaikan rukun Islam ke 5 tahun ni.In Sha Allah. Kami ikut package Arab. Tp utk org Malaysia sume urursan dikendalikan oleh Ustaz Dr. Hassan iaitu satu2 nye org Malaysia yg jd Mutawwir di sini. Sini pun kalu nk g haji bukan blh buat sendiri. pastu ada quota gak 4/5 thn sekali. Sama je rupanye kat mana2.   Next entry nnt akan dicerita all about my Hajj 2012. In Sha Allah.
So attached gambar je la..Kak Na, Nana, and Kak Nora akan back for gud dah. Ruzie plak berhijrah ke Qatar setelah 4 tahun di Riyadh. Nana dah 10 thn kat Riyadh, Kak Nora 7 tahun and Kak Na baru 4 bulan. So gonna miss them..Ni sume satu building appartment di Riyadh. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti...3 org back for gud, 3 family datang ke bumi Riyadh and stay at our building...
Sempat amik group photo jer, makanan lupa da..sbb served nasi mandi kambing..hehe..