Wednesday 12 December 2012

Ibadah umrah bg penutup tahun 2012...

        Nak cerita sikit pengalaman balik dari menunaikan ibadah Haji. Terima kasih tak terhingga pada sahabat hubby ku yg dtg ke riyadh atas urusan kerja sudi menengok-nengokan anak2ku. begitu juga neighbour ku yg baik hati. Hanya doa kupanjatkan utk kalian semua. Semoga Allah memberkati dan murahkan rezeki mera di unia dan akhirat. Amiin...
        
        Balik dari menunaikan haji, kami suami isteri demam dan batuk selsema. seminggu bertapa di rmh. Yg pelik nye semasa di sana alhamdullillah Allah berikan kekuatan yg luar biasa. Memang ada kepenatan mcm semasa di Arafah, duggan yg datang. Allahuakhbar.  Penat mmg penat sebab tenaga banyak dihabiskan dengan berasak2 kerana mengejar waktu untuk bermabit di mudzalifah separuh malam. semua jemaah berpusu-pusu kerana waktu menghampiri separuh malam. nnt kalu tak sempat dikenekan dam. Bayangkanlah, semua jemaaah haji seluruh dunia perlu beredar dari Arrafah selepas maghrib. dan Maghrib pada ketika itu dlm pukul  5.30pm. Bayangkan kami mununggu dgn berdiri back to back dari pukul 5pm sehingga pukul 11/12 tgh malam baru naik train. Esoknye nak pergi melontar di mana semua jemaah menuju pada satu tempat dijamrrah pada waktu yg ditentukan.  Baru lah ku terpikir sebelum ni org kata baik buat haji waktu muda sebab ada tenaga. Tanggapan itu meleset bg ku. Semasa disana, yg bawak anak kecik, yg tua tenaga nye mashaAllah, aku pun terkesima. Ada peristiwa yg berlaku pada diri ku, semasa on da way jalan kaki setelah selesai melontar pada 10 zulhijjah, perjalanan dari jamrrah ke masjidillharam lebih kurang 6km. Torowong jalan kaki menghala ke masjidil harram penuh dgn ribuan/ jutaan manusia. kaki ku dan suami dah tak tahan. suami ada suggest nak naik wheelchair tak atau naik motor. mmg ada org tempatan buat service sewa motor or wheelchair. tp dia org la bawak n tolak. Itulah Allah tu Maha berkuasa, Dia nak tunjukan sesuatu kepada aku dan suami, tiba tiba, entah dari mana, seorg hamba Allah ni melintasi kami dgn cergasnya. Aku hampir menitis air mata. kami berpandangan sambil mulut beristighfar dan ber zikir. Ya Allah,  hamba Allah itu jalan bertongkat dgn sebelah kaki. Dan hamba Allah itu tidak lah muda berbanding dgn kami. Mmg bila kita sampai di sini aura tenaganye lain. kenkadang yg muda pun tak larat, yg tua sungguh bertenaga. MashaAllah, Subhanallah..Allahuakhbar.

        Ok lah. Kebiasaaan nye selesai musim haji, masjidil haram akan lenggang setelah semua jemaah pulang ke negara masin-masing. Dengan peluang keemasan ni, kebyakan kami rakyat melasia di Saudi pergi menunaikan umrah antara bulan 11-bulan 1. Bukan malaysian je org tempatan pun ambil peluang masa ni. lagi pun Kota mekah akan tutup untuk org luar mengerjakan umrah untuk beberapa bulan. hanya dibuka untuk penduduk tempatan sahaja. Kebetulan pulak masa ni pembesaran masjidil harram baru dimulakan. InshaAllah plan kami nak bawak parents in law n family ku datang Saudi tahun 2014 selepas musim haji. Sambil tu boleh kami semua buat umrah bersama dlm keadaan lengang sikit. InshaAllah.

         Hmm...Oleh kerana semasa kami menunaikan haji, anak2 tak ikut so kami plan ke Mekah untuk umrrah. Sebelum ni hubby ku drive, tp tak larat so naik flight kali ni. Saudi airline dah booked begitu juga hotel. kami booked hotel Safwah dengan pemandang kaabah.Sepanjang mengerjakan umrrah kami mmg suka ddk hotel ni sbb dekat n untuk kemudahan anak2. Alhamdullillah. rezeki anak2.  

lintas lansung dari masjidil harram.....


View dari bilik hotel kami...







Us




No comments:

Post a Comment