Saturday 24 December 2011

Ibadah Umrah 22 Dec 2011

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!
Bertolak dari Riyadh selepas Isyak menuju ke Baitullallah memakan masa hampir 10 jam. Alhamdullillah sepanjang perjalanan dipermudahkan berkat doa sume. Kami tiba di Miqat pada pukul 6 pagi. selesai solat subuh dan tido dalam 1 jam kami bertolak menuju ke Masjidil Haram. Tiba nye di Beginning of Haram Boundary, bermula la segala-galanya....
"bergenang airmata seakan tak percaya Kaabah Baitullah berada di depan mata.. syukur Alhamdulillah segala puji2an utk Allah SWT yg Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Mendengar, Maha Mengetahui yg sudi mengizinkan aku menjejakkan kaki ke tanah ini.. walaupun aku tau siapalah aku.."

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!


A Journey Begin.....
Bermulalah segala pantang larang...Ya Allah Ampunkan dosaku










Above: Rumah Kelahiran Rasullullah S.A.W

Menara Jam Diraja di Kompleks Abraj al Bayt di Kota Suci Makkah.


Masjid Pokok...Bagaimana sebatang pokok boleh berjalan jumpa Rasulullah dan mengucapkan Shahadah Lailahaillallah dan baru berapa langkah pokok itu mati disitu, Atas pengucapan lailahaillah dan matinya pokok ditempat itu , diberi nama Sajaratul Masjid yang ada di Mekah sampai hari ini


Masjid Jin (The Mosque of Jinni) ialah sebuah masjid yang terletak di sebelah kiri jalan naik ke perkuburan Ma’la di samping bersebelahan dengan Jambatan Penyemberangan di Kota Suci Makkah al-Mukarramah. Dinamakan demikian kerana di sanalah Nabi Muhammad telah menulis sepucuk surat kepada Ibnu Mas’ud yang ketika itu beliau (Ibnu Mas’ud) menerima "Serombongan Jin" (Jinni Caravans) yang ingin membai’at Nabi Muhammad SAW, yang sebelumnya mereka yakni golongan Jin tersebut pernah menemui Nabi Muhammad di Nakhlah dalam perjalanan Nabi pulang dari Ta'if pada tahun kesepuluh kenabian. Masjid Jin juga turut diberi jolokan dan gelaran sebagai Masjid Al-Haras,



Tanah perkuburan di mana terletaknya Makam Siti Khadijah r.a



Jabal Nur.. tempat bermulanya Islam.. turunnya wahyu pertama utk Rasulullah SAW yg dibawakan oleh Jibrail a.s.. Surah al-A'laq


 Jabal Nur. Yang lekuk itu adalah Gua Hira tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu pertama daripada malaikat Jibril alaihissalam



....732km about 9 hrs journey back..

Tompok-tompok taik unta..:-) Unta di padang pasir

2 comments: